Monday, July 19, 2010

19/7/2010 - 2:15AM

lega..baru sampai rumah dari teluk intan..tiba di KLnya jam 12.30am tadi..macam ni lah rutin sebagai cucu..ambil opah di rumah dia bawak ke KL untuk medical checkup dll..bertolak pukul 7.30 sampai2 sana berak kejap, makan jagung..protprot pretpret dekat sejam then terus cabut balik..

semuanya lancar macam selalu..tapi satu perkara yang jadikan aku rasa sedih dan khuatir..

dalam tengah2 bersembang tu, opah cakap..

"opah dah nak mati.."

then nak expect apa lagi kan..macam biasa la mesti la orang akan jawab balik "hish tak baik cakap macamtu" ke apa ke..
tapi sebaliknya aku tanya..tanya soalan yang teringin aku nak tahu..

"nanti opah dah tak ada, opah nak dikebumi di mana? di perak ke, di KL ke..?"

opah jawab, "opah nak kebumi sana (KL) dekat tempat tuk-nya.."

tanah perkuburan yang dimaksudkan tu adalah Tanah Perkuburan Cheras Baru, KL.. kat situ ada kedua belah atuk aku (tuk-belah ibu dan tokwan-belah ayah)
dan yang membuatkan aku risau ialah aku takut hasrat opah tak tercapai..sebab tanah tu takkan bertahan lama;apa lagi expand-memang tak la..during the time tuk meninggal pun (2007) tanah perkuburan tu dah sampai ke hujung..dah nak habis dah.. berbanding tokwan meninggal tahun 1996..banyak je lagi ruang..ye la kan tiap2 hari ada saja insan yang diambil nyawanya..tambah, waktu kami datang ziarah haritu lagi penggali kubur tu dah cakap, yang lepas tanah perkuburan ni settle penuh, orang2 cheras dan skitar kawasan tu bdr tun razak ke maluri ke mana skali pun semua jenazahnya bakal dikebumi di bukit jalil..

so aku rasa sedih sbb aku tak rasa opah akan dapat disemadikan jasadnya kat cheras..aku rasa dah memang penuh dah pun la ni..pasal baru2 2bulan lepas pergi pun dah almost selesai dah kubur tu :(

opah cakap "opah mati di hospital nanti, bawak le ke rumah andak (taman maluri)", "kemudian kebumi sana"


hmmm macamana kalau bawak ke rumah andak, then kena kebumi di bukit jalil? sedih :(

memang betul, ceruk mana pun kebumi tak kisah lah.. jasad tu dah tak ada apa lagi..roh kita dah pun ke alam lain, sedia menghadap yang maha esa bersama para malaikat-Nya..tak kisah la opah kebuminya di mana pun..duniawi semata2..bukan sebelah2 dapat jumpa cepat pun..tapi ya lah..bukan itu soalnya..tapi lebih kepada penghormatan, honor gitu untuk disemadikan dekat, atau bersama2..

tapi aku akan tetap rasa bersalah, sedih..aku memang tak patut tanyakan soalan macamtu..sekarang aku dah tau hasrat opah..ia seolah2 jadi satu wasiat pulak bunyinya..aku takut rasa hampa kalau tak dapat fulfill apa yg opah nak..sorry opah :(

1 comments:

  1. alamak mimin..
    kak ena rase serba salah la..uhuhuhu
    kak ena dh lame tak gi umah opahh..
    kak ena doakan smoga Allah panjangkan umur opah..n opah dpt tgk kak ena kawen (tah bile nk kawen tktau)huhuhu..td kak ena tepon opah dh ..kak ena col dr opis petang tadik...
    nanti mimin kirim salam kt maknet n pakcik pa yer..take care..sampaikan salam kak ena pd opah yer..

    ReplyDelete